Kastam rampas rokok seludup bernilai hampir RM4j

Iklan
Johari (dua, kiri) menunjukkan lori muatan rokok seludup itu.

ALOR SETAR - Cubaan menyeludup rokok putih jenama 'Concept' dianggarkan bernilai lebih RM3.9 juta di kawasan parkir Hentian Sebelah Sungai Buloh arah Selatan di Selangor dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah pada Sabtu lepas.

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Johari Alifiah berkata, sepasukan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar menahan tiga lori muatan rokok disyaki tidak berkastam dan menggunakan setem cukai palsu ditahan kira-kira jam 6.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut Johari, hasil pemeriksaan dilakukan pasukan membawa kepada penemuan 4.75 juta batang rokok berjenama 'Concept' dalam lori melibatkan anggaran nilai sebanyak RM712,500 dan jumlah keseluruhan duti dan cukai adalah RM3,206,250.

"Susulan penemuan rokok seludup itu, dua lelaki warga tempatan berusia 34 dan 49 tahun dipercayai ada kaitan dengan kes itu ditahan, manakala seorang lagi suspek dipercayai sempat melarikan diri.

Iklan

"Rokok putih seludup jenama 'Concept' yang dipercayai berasal dari Vietnam berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Kelang," katanya dalam sidang media di Kompleks Kastam Negeri Kedah, di sini, hari ini.

Katanya, JKDM Kedah merampas barang kes dan dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan, dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tak berkastam.

Iklan