Rakyat Rantau buat pilihan bijak

Iklan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU - Kemenangan BN pada PRK DUN Rantau semalam membuktikan rakyat membuat pilihan dengan bijak.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kemenangan itu adalah manifestasi pilihan rakyat yang ingin menuntut supaya kerajaan menunaikan manifesto yang telah dijanjikan.

Iklan
Iklan

"Signal rakyat adalah jelas, dengan komposisi pelbagai kaum yang agak seimbang, rakyat tetap membuat pilihan yang bijak," katanya menerusi satu kenyataan di laman sosialnya, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Mat masih berbiso!

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pengundi serta jentera Pas khususnya Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

"Tahniah Datuk Seri Mohamad Hasan kerana berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dalam PRK semalam.

Iklan

"Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pengundi serta jentera Pas," katanya.

Ahmad Samsuri turut menyifatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berkempen berjaya menggamit lautan hadirin dengan pidato yang bernas.

"Inilah formula penyatuan ummah yang dinantikan rakyat selama ini," katanya.

PRK DUN Rantau semalam menyaksikan calon BN, Mohamad Hasan meraih 10,379 undi manakala calon PH, Sr S Streram mendapat 5,887 undi.

Sementara itu, calon bebas R Malar dan Mohd Nor Yassin masing-masing menerima 83 dan 79 undi.