New York, Singapura bandar paling mahal di dunia

Iklan
New York menggantikan Tel Aviv yang menduduki tangga ketiga pada tahun ini. - Foto Agensi

LONDON - Kota metropolitan New York dan Singapura disenaraikan sebagai bandar paling mahal di dunia selepas inflasi melonjak pada tahun ini, menurut kaji selidik tahunan pada Khamis.

Kedua-dua bandar itu kini menggantikan Tel Aviv yang kini berada di kedudukan ketiga Indeks Kos Hidup Seluruh Dunia yang dilakukan Economist Intelligence Unit (EIU) berpusat di London.

Iklan
Iklan

Tinjauan itu mendedahkan kos sara hidup semakin meningkat di bandar besar akibat konflik berpanjangan Ukraine-Rusia dan sekatan berterusan pandemik Covid-19 yang mengganggu rantaian bekalan.

Kaji selidik yang dibuat antara Ogos dan September itu juga menunjukkan harga melonjak 8.1 peratus secara purata di 172 bandar utama berdasarkan kesan nilai mata wang dolar yang kukuh di kota terlibat tinjauan tersebut.

Iklan
Iklan

Laporan itu bagaimanapun mendapati Damsyik dan Tripoli kekal sebagai bandar paling murah di dunia. - AFP