Bekas MB Perlis, Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia

Iklan
Gambar dimuat naik oleh Natasya Pawanteh menerusi hantaran di Facebook yang mengesahkan pemergian bapanya.

KANGAR - Bekas Menteri Besar Perlis keempat, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia pada jam 3.15 petang pada Khamis.

Perkara tersebut dikongsi anak Allahyarham, Natasya Pawanteh menerusi hantaran di Facebook yang mengesahkan pemergian bapanya.

Iklan
Iklan

"Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa bapa kami, Tan Sri Datuk Seri Dr Abdul Hamid Bin Pawanteh, telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 1 Disember 2022, bersamaan 6 Jamadilawal 1444 Hijrah, sekitar 3.15 petang tadi.

"Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok 2 Disember 2022, bersamaan 7 Jamadilawal 1444 Hijrah, di Masjid Negeri di Arau,” katanya.

Iklan

Allahyarham Abdul Hamid merupakan Menteri Besar Perlis keempat dari tahun1986 sehingg 1995.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara Ke-14 bermula tahun 2003 sehingga 2009.

Iklan