[VIDEO] Murid SRA Sungai Balak ambil UPKK dalam banjir

Iklan
Tangkap layar video yang dikongsi di media sosial didakwa berlaku di SRA Sungai Balak, Kajang pada Khamis.

SHAH ALAM - Banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor turut memberikan cabaran buat murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti video yang tular di media sosial ketika ini.

Dalam video tersebut memaparkan sekumpulan murid didakwa tetap meneruskan peperiksaan meskipun pada ketika itu air banjir sudah memasuki kelas.

Iklan
Iklan

Menerusi ruangan kapsyen tertera, kejadian dipercayai berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang dan difahamkan murid-murid menduduki peperiksaan UPKK.

Menerusi video tersebut kelihatan sekumpulan murid lengkap memakai seragam sekolah bersama tenaga pengajar masih berada di dalam kelas selepas sesi peperiksaan kelihatan baru berakhir.

Iklan

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan sudah mendapat lebih 20,000 tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPKK di sekolah itu malah ada yang mendoakan agar urusan calon-calon dan tenaga pengajar terlibat dipermudahkan.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan tiada laporan kejadian banjir diterima di kawasan berkenaan setakat petang Khamis.