'Saya cukup Malaysia' - Aguero

Iklan
Aguero mendapat panggilan mewakili Harimau Malaya bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember ini.

PEMAIN naturalisasi Sri Pahang FC, Sergio Aguero percaya dia layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di sebalik kritikan segelintir pihak yang melabelnya 'tidak cukup Malaysia' untuk mewakili Harimau Malaya.

Menurut Aguero, dia sudah berada di negara ini selama enam tahun dan kini hanya menunggu masa untuk memberikan impak positif kepada skuad kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Saya sayangkan negara ini. Saya sukakan segala-galanya di sini," katanya kepada media selepas sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana jaya pada Khamis.

Sebelum ini, Aguero dilabel sebagai 'tidak cukup Malaysia' oleh segelintir penyokong untuk mewakili Harimau Malaya.

Iklan

Aguero antara muka baharu yang disenaraikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember.

Dalam pada itu, Aguero meminta peminat dan penyokong bola sepak tanah air untuk mempercayai kemampuannya mewakili Harimau Malaya.

Iklan

"Saya akan bekerja keras untuk memastikan jurulatih memilih saya. Latihan disini juga sangat sukar dan saya akan membiasakan diri. Namun, saya sudah bersedia untuk mewakili negara," katanya.