Kronologi, kontroversi peletakan jawatan MB Johor

Iklan

JOHOR BAHRU - Berikut adalah kronologi peristiwa serta kontroversi yang melibatkan Datuk Osman Sapian sehingga membawa kepada perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor pada Isnin lepas.

12 Mei 2018 - ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai MB Johor yang ke-16 di Istana Bukit Serene.

Iklan
Iklan

12 Mei 2018 - Osman mengeluarkan kenyataan mengenai PH di Johor tidak akan memberikan peruntukan kepada pembangkang tetapi ditegur oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari kemudian.

11 Januari 2019 - MB Johor menafikan memasuki perairan Singapura ketika lawatan di perairan negara seperti didakwa kerajaan Singapura.

Iklan

14 Februari 2019 - Osman yang terpalit kontroversi isu sijil palsu, mengakui tidak menamatkan pengajian ketika menuntut di Kolej Pertanian Malaya, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Universiti Pertanian Malaysia (UPM) itu. Beliau turut meminta maaf secara umum kepada rakyat terhadap kekeliruan dan salah faham berhubung kelayakan akademiknya.

17 Mac 2019 - Osman menjelaskan lawatannya ke Batam ketika Johor dilanda bencana pencemaran kimia Sungai Kim Kim, sebagai lawatan kerja yang telah dirancang dan turut memendekkan lawatan kerja itu daripada tiga hari kepada kurang daripada sehari.

Iklan

8 April 2019 - Osman bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya untuk membincangkan statusnya sebagai Menteri Besar Johor.

9 April 2019 (pagi) - Osman didapati tidak hadir pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya dan digantikan dengan wakil rasmi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal.

9 April (petang) - Dr Mahathir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Osman Sapian sebagai MB Johor berkuat kuasa Isnin (8 April).

13 April 2019 - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima peletakan jawatan Osman sebagai Menteri Besar. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani yang mengesahkan perkara itu, turut menyatakan perkenan tuanku untuk melantik Menteri Besar Johor yang baharu.

14 April 2019 - Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene.- Bernama