Tanah runtuh laluan Seremban-Mantin, bomba saran guna Lekas

Iklan
Bomba saran pengguna laluan Seremban-Mantin menggunakan Lekas susulan kejadian runtuhan tanah dan pokok tumbang di Jalan Batu 5, Bukit Mantin petang Khamis.

SEREMBAN - Pengguna laluan Seremban-Mantin dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) susulan kejadian runtuhan tanah dan pokok tumbang di Jalan Batu 5, Bukit Mantin dekat sini, petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Priscilla Carol Thomas berkata, laluan berkenaan terpaksa ditutup sementara ketika ini bagi kerja pembersihan dan pengalihan pokok dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya.

Iklan
Iklan

"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.38 petang Khamis sebelum menggerakkan anggota ke lokasi dengan turut dibantu polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berwaspada dan berpindah ke kawasan selamat sekiranya kejadian sama berulang. - Bernama

Iklan
Iklan