Perjalanan komuter percuma buat OKU pada 3, 4 Disember ini

Iklan
KTMB menawarkan perjalanan percuma kepada golongan OKU pada 3 dan 4 Disember ini.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pada 3 dan 4 Disember ini, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember ini.

KTMB dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan perjalanan percuma itu melibatkan perkhidmatan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Komuter Utara, serta boleh dinikmati individu OKU bersama seorang pengiringnya dengan hanya menunjukkan kad rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berserta kad pengenalan di kaunter tiket KTM Komuter.

Iklan
Iklan

Menurut KTMB perjalanan percuma itu adalah tanda penghargaan syarikat itu kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, selain sebagai bukti keprihatinan dalam menjaga kebajikan serta keselesaan OKU dan para penumpang.

"Statistik menunjukkan pada 2021, seramai 37,363 penumpang OKU menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, manakala sehingga Oktober lepas, statistik menunjukkan peningkatan kepada 74,458 penumpang OKU," menurut kenyataan itu.

Iklan

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my. - Bernama

Iklan