Tunjuk kertas undi: Terpulang kepada SPR nilai, kata Tok Mat

Iklan
ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan turun padang bertemu penduduk di pasar Rantau bagi menyatakan penghargaan selepas kemenangannya malam tadi. - Foto Sinar Harian

SEREMBAN - ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti sama ada tindakannya menunjukkan kertas undi merupakan satu kesalahan atau tidak.

Mempertahankan tindakannya itu, Mohamad berkata, beliau hanya menunjukkan kertas undi miliknya dan bukan milik individu lain.

Iklan
Iklan

"Undi saya suka hatilah nak tunjuk apa. Selagi saya tidak bawa keluar (kertas undi).

ARTIKEL BERKAITAN: Bersih dakwa Tok Mat langgar undang-undang dedah kertas undi

Iklan

SPR tak pasti Tok Mat langgar peraturan atau tidak

"Tak apalah. Biar dia (SPR) teliti dulu," katanya kepada media selepas bertemu penduduk di pasar Rantau di sini hari ini.

Iklan

Semalam, Mohamad atau mesra disapa Tok Mat mendedahkan kertas undi PRK DUN Rantau yang ditandanya di pusat mengundi SJKC Chung Hua, Rantau.

Susulan itu, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) dalam satu kenyataan mendakwa Mohamad melanggar undang-undang pilihan raya kerana tindakannya boleh mempengaruhi orang lain serta memudahkan pembelian dan penjualan undi.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun tidak pasti sama tindakan Mohamad itu melanggar peraturan atau tidak.

Menurut Azhar, beliau perlu membaca peraturan mengenai perkara tersebut terlebih dahulu.