Sultan Nazrin terima menghadap PM

Iklan
Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Kinta hari ini. Foto Bernama

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kinta di sini.

Sesi menghadap bermula kira-kira 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam, selepas kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta pada pukul 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Sesi menghadap Sultan Nazrin Shah itu yang pertama buat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, sejak Pengerusi Pakatan Harapan itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadualkan mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan, menunaikan solat Jumaat, serta menghadiri Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, sebelum kembali ke ibu negara. - Bernama

Iklan
Iklan