'Jangan sebab nyamuk seekor, kita bakar kelambu'

Iklan

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat tidak wajar bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengeluarkan simpanan dari institusi itu ke bank lain.

Sebaliknya beliau berkata, TH perlu dipertahankan sebagai institusi yang selama ini membantu umat Islam untuk memudahkan urusan mengerjakan haji dan umrah.

Iklan
Iklan

"Jangan sebab seekor nyamuk, kita bakar kelambu. Yang penting kalau silap, betulkan kesilapan.

"Apa yang menarik, TH adalah buah fikiran Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang patut kita hargai. Kalau silap, itu tanggungjawab kita. Sepatutnya kita kenalkan kewangan Islam dan pertahankan TH," katanya dalam program Bicara Minda bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton sama ada wajar atau tidak untuk pendeposit mengeluarkan simpanan dalam TH dan dipindahkan ke institusi perbankan lain kerana khuatir dengan pendedahan terbaharu melibatkan institusi berkenaan baru-baru ini.

AKAN MENYUSUL

Iklan