Acara berbasikal, larian promosi jambatan ikonik Terengganu

Iklan
Sebahagian peserta Terengganu Drawbridge Bike Run Bike yang diadakan pada 26 November melalui jambatan angkat di Kuala Terengganu.

TERENGGANU Drawbridge Bike Run Bike yang diadakan pada 26 November lalu bertujuan mempromosikan mercu tanda ikonik jambatan angkat yang menjadi tarikan pelancongan di Terengganu.

Pengarah perlumbaan, Saiful Nizam berkata, acara tersebut disertai seramai 220 atlet amatur terdiri dalam kalangan peserta tempatan dan luar negara.

Iklan
Iklan

Katanya, dalam masa yang sama, perlumbaan itu turut memperkenalkan format baharu sukan dwi di persada sukan tempatan.

"Acara sukan berbasikal yang diadakan di jambatan angkat itu mempertengahkan dan mempromosikan tarikan jambatan yang terkenal kepada penduduk tempatan termasuk peserta luar negara.

Iklan

Beliau memberitahu, Terengganu Drawbridge Bike Run Bike diadakan secara kolaborasi antara Tourism Malaysia, SUK Sekretariat Negeri Terengganu (bahagian sukan), Ammjbswimmers dan Eventure Global.

"Pusingan pertama kayuhan bermula dari jambatan dan peserta berbasikal melalui Pantai Kuala Nerus ke arah belakang Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebelum kembali ke Jambatan untuk melengkapkan pusingan pertama kayuhan.

Iklan

"Peserta kemudian memulakan larian ke arah Pantai Batu Buruk dan berpatah balik ke jambatan untuk mengambil basikal mereka untuk kayuhan gelung kedua," ujarnya.

Kata beliau, acara itu menyaksikan penyertaan atlet tempatan dan luar negara yang tidak asing dalam arena sukan itu.

"Atlet-atlet dari kelab berbasikal dan larian terkenal seperti Terengganu Sikal Group (TSG), Terengganu Runner Club (TRC) dan Kucing Gemok Runners (KGR) antara kelab terkenal menyertai acara tersebut.

"Pada 2023, pengurusan drawbridge berbesar hati untuk menyaksikan acara triathlon terdiri daripada Swim Bike And Run diadakan di tapak berkenaan," katanya.