Anwar umum kabinet petang ini

Iklan
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun melambai tangan selepas sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.

Ia sekali gus menamatkan teka-teki mengenai tarikh sebenar pengumuman senarai jemaah menteri dan timbalan menteri.

Iklan
Iklan

Sidang akhbar pengumuman itu akan disiarkan menerusi siaran langsung di saluran televisyen tempatan.

Senarai kabinet Anwar dinanti-nantikan selepas beliau pada sidang akhbar pertama menyatakan saiz kabinet di bawah pimpinannya adalah kecil.

Iklan

Beliau turut akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.

Iklan