Polis akan panggil pemilik agensi pelancongan

Iklan
Video tular memaparkan Jalur Gemilang dikibar bersama bendera Israel.

PETALING JAYA - Pihak polis akan memanggil pemilik agensi pelancongan terbabit dalam video tular menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan pada masa sama memaparkan Jalur Gemilang berkibar bersama bendera Israel.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, setakat ini tiga individu telah dirakam keterangan berhubung klip video berdurasi 47 saat yang tular di sebuah grup WhatsApp.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita telah ambil keterangan daripada pengadu, seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun pada 30 November, manakala dua saksi telah tampil semalam (Khamis).

"Buat masa ini pemilik syarikat pelancongan terbabit berada di Makkah dan akan dipanggil selepas pulang dijangka pada 12 Disember," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung video sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Israel.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada September lepas melibatkan sekumpulan individu mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

Iklan

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.