Rakyat tahu siapa patut dipilih, kata Najib

Iklan
Gambar yang dikongsikan Najib di laman sosial Facebook, miliknya, malam tadi. - Foto Facebook Najib

SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan usaha kerajaan PH membawa pemimpin pusat untuk membantu kempen calon mereka gagal memenangi hati rakyat DUN Rantau.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, rakyat melihat kepada kualiti calon bukan kepada pimpinan luar yang datang semata-mata untuk berkempen.

Iklan
Iklan

Katanya, peribadi calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berwibawa dan disenangi ramai mendorong rakyat untuk tidak ragu-ragu untuk membuat pilihan bijak.

"Kejayaan Tok Mat dan BN telah menunjukkan bahawa rakyat tahu memilih siapa yang benar-benar mereka mahu sebagai ADUN di kawasan ini (Rantau).

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Rantau kukuhkan kerjasama UMNO, Pas

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi dan menyokong BN sekali gus memberikan kemenangan hatrik," katanya pada pemberita ketika hadir meraikan kemenangan BN di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini, malam tadi.

Iklan

Terdahulu, Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau yang disandangnya sejak tiga penggal lalu dengan majoriti 4,510 undi pada PRK hari ini.

Tok Mat memperoleh 10,397 undi sekali gus menewaskan calon PH, Dr S Streram yang mendapat 5,887 undi.

Dua calon Bebas iaitu R Malar memperolehi 83 undi manakala Mohd Nor Yassin 79 undi sekaligus menyebabkan mereka hilang wang deposit.