'Northen Malaysia Coffee Experience'

Iklan
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Zainuddin Abdul Wahab ketika lawatan selepas melancarkan pakej 'Northen Malaysia Coffee Experience' hari ini.

Tourism Malaysia hari ini melancarkan promosi diskaun 10% bagi Pakej"Northern Malaysia Coffee Experience" dalam usaha mempromosikan industri kopi melalui kedai kopi, kafe dan rawatan spa berasaskan kopi di negeri-negeri di Wilayah Utara.

Kempen itu berlangsung selama enam bulan bermula hari ini dan ia merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia dengan pengendali pelancongan, pengusaha spa, kedai kopi dan kafe yang berpangkalan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.