PUNCAK ALAM - Peruntukan perubatan kira-kira RM3.3 bilion di negeri ini boleh dikurangkan jika orang ramai peka terhadap masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis dan buah pinggang.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, jika masyarakat dapat menjaga kesihatan sudah tentu banyak perbelanjaan dapat dijimatkan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Serahan Sumbangan Dana Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) dan Geran Pendidikan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Lembaga Zakat Selangor di Auditorium 1 Hospital Al Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam di sini, pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai perlu menjaga kesihatan masing-masing dan dinasihatkan membuat saringan awal bagi mengelak daripada penyakit tersebut.
"Kita berharap penyakit seperti ini dapat dikurangkan bukan hanya menjimatkan perbelanjaan tetapi lebih penting menjamin kesihatan," jelas beliau.