Polis serbu dua rumah di Puchong sorok rokok seludup

Iklan

PUCHONG - Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup dengan rampasan bernilai RM166,500 dalam dua serbuan di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Puchong Jaya kira-kira jam 1.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, serbuan pertama membawa rampasan 530 karton rokok seludup pelbagai jenama serta tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.

"Bertindak atas maklumat, pasukan operasi kemudian menyerbu sebuah lagi rumah di Bandar Puchong dan berjaya merampas 1,320 karton rokok.

Iklan

"Dianggarkan nilai rampasan rokok seludup itu berjumlah kira-kira RM166,500," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan mendapati kediaman itu dijadikan sebagai tempat simpanan sementara sebelum rokok itu diedarkan di pasaran tempatan.

Iklan

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti rangkaian sindiket.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.