PENYERANG sensasi Belgium, Romelu Lukaku menjadikan dinding tempat duduk pemain simpanan ruang melepaskan kekecewaan, selepas The Red Devils ditunjukkan Croatia jalan keluar dari Piala Dunia Qatar 2022 setelah kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Ahmad bin Ali pada Jumaat.
Bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang dipinjamkan ke gergasi Serie A, Inter Milan dimasukkan pada babak kedua menggantikan Dries Mertens, gagal menterjemahkan deretan peluang dalam bentuk jaringan bagi memastikan kemaraan pasukan kendalian Roberto Martinez tersebut.
Iklan
Iklan
Lukaku terlepas sekurang-kurangnya tiga peluang untuk menjaringkan gol yang menyaksikan skuad generasi emas pilihan merangkul kejuaraan di Qatar 2022 tersebut mengakhiri cabaran tempat ketiga di belakang Croatia dan Maghribi.
Lukaku yang kelihatan kecewa sebelum itu telah ditenangkan legenda kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Perancis yang juga penolong jurulatih Belgium, Thierry Henry.
Pemain kelahiran Antwerp itu tampil ke Qatar 2022 dengan reputasi tinggi sebagai mesin gol Belgium, namun kurang minit permainan bersama kelab berikutan kecederaan musim ini membataskan ketajaman setiap kali berada di depan gawang gol.
Situasi itu berpanjangan di Qatar apabila kebiasaannya Lukaku yang begitu prolifik apabila menyarung jersi Belgium, longlai berdepan Croatia.
Artikel Berkaitan