SHAH ALAM - Tiga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganggotai Parlimen Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Antara bekas pelajar MCCK adalah Anwar yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.