Usahawan pil kurus ditahan punca empat kematian

Iklan
Nuttawat (tengah) ditahan polis di luar kondominium di daerah Huai Kwang. - Agensi

BANGKOK - Polis Thailand menahan seorang usahawan mengeluarkan produk pil kurus selepas didapati menyebabkan empat kes kematian akibat menggunakan pil tersebut, lapor Thaiger.

Suspek, Nuttawat, 50, ditahan di luar sebuah kondominium di daerah Huai Kwang selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Wilayah Kanchanaburi pada 18 Januari 2022 kerana 'menambah bahan secara rahsia dalam makanan, ubat atau produk lain yang boleh dimakan sehingga menyebabkan kematian' didapati melanggar Akta Makanan 1979.

Iklan
Iklan

Kes kematian tersebut membawa penangkapan kepada Nuttawat dan pengurus lain serta kes itu dibawa ke mahkamah.

Walaubagaimanapun, Nuttawat dibebaskan dengan ikat jamin dan tidak pernah hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan selanjutnya.

Iklan

Tindakan itu menyebabkan Mahkamah Wilayah Kanchanaburi mengeluarkan waran untuk menahannya pada 18 Januari lalu.

Namun, baru-baru ini, polis berjaya menemui Nuttawat menetap di sebuah kondominium di Soi Pracharat Bampen 7 di Huai Kwang yang membawa kepada penangkapannya.

Iklan

Kemudian, polis membawanya ke Mahkamah Wilayah Kanchanaburi untuk berdepan prosiding undang-undang.

Bulan lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil Kopi Gomax yang dipercayai dapat memulihkan mati pucuk.

Katanya, kopi tersebut mengandungi Sildenafil atau Viagra yang merupakan bahan terkawal dan tidak sesuai dimasukkan dalam produk makanan.

Mengambil kopi Gomax boleh menyebabkan buta dan kegagalan buah pinggang. - Agensi