IMPIAN Uruguay untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian biarpun berjaya mengatasi cabaran Ghana, 2-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan H di Stadium Al Janoub.
La Celeste kendalian Diego Alonso yang turun dengan misi tiga mata tiada pilihan kecuali menang akhirnya terpaksa mengalah setelah pesaing terdekat Korea Selatan mengejut Portugal, 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Education City.
Pada perlawanan itu, The Black Stars kendalian Otto Addo terlebih dulu berpeluang mendahului Uruguay apabila memperoleh sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) menghadiahkan penalti atas cabaran lewat Sergio Rochet.
Namun Ghana yang terkenal dengan trauma sepakan penalti kali ini sekali percubaan Andre Ayew diselamatkan Rochet pada minit ke-17.
Uruguay yang tersentak kemudian memperkemaskan permainan berjaya mendahului lawan hasil jaringan Giorgian de Arrascaeta pada minit ke-26' diikuti gol minit ke-32'.
Dua gol dalam tempoh enam minit itu meletakkan Uruguay di landasan menuju ke pusingan 16 terbaik sehingga gol lewat Korea Selatan dalam perlawanan lain memberikan kemenangan kepada Taegeuk Warriors pacuan Paulo Bento yang menewaskan Portugal 2-1 di Stadium Education City.
Keputusan itu menyaksikan Uruguay mengakhiri cabaran di tangga ketiga dengan empat mata, terikat bersama Korea Selatan yang memintas The Black Stars.
Portugal asuhan Fernando Santos menjuarai kumpulan dengan mengumpul enam mata manakala Ghana tercorot dengan tiga mata.