[VIDEO] Beri alasan tidur dengan rakan ketika ditangkap khalwat

Iklan
Penguatkuasa JAIM menahan wanita berusia 26 tahun bersama pasangannya di sebuah hotel di Ujung Pasir, di sini pada awal pagi Sabtu.

MELAKA - Helah seorang wanita yang mengakui hanya tidur bersama rakannya dalam sebuah bilik hotel di Ujung Pasir di sini pada awal pagi Sabtu, gagal apabila pemeriksaan mendapati teman lelakinya berada dalam di bilik berkenaan.

Perbuatan wanita berusia 26 tahun dari Gombak, Selangor itu terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan oleh pegawai dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Ops Cegah Maksiat menemui seorang lelaki tidak berbaju berada di atas katil.

Iklan
Iklan

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan jam 1 pagi itu mendapati pasangan terbabit gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah.

Menurutnya, lelaki berusia 22 tahun dan berasal dari Mantin, Negeri Sembilan itu memberi alasan berehat di hotel bersama teman wanitanya selepas mengambil jubah konvokesyen yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ini.

Iklan

"Namun setelah diperiksa, kita dapati bukanlah rakan perempuan tapi teman lelakinya sedang bersembunyi di bawah selimut," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi itu.

Che Sukri berkata, operasi itu turut menahan lima pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 40 tahun termasuk pelajar universiti.

Iklan

Tambah beliau, pihaknya turut menahan seorang wanita berstatus isteri orang bersama pasangannya berusia 40 tahun yang telah berkahwin di hotel berkenaan.

Wanita (tiga dari kiri) yang mendakwa dirinya telah bercerai dicekup bersama pasangannya yang juga berstatus suami orang.

Menurutnya, wanita terbabit memberi alasan telah bercerai bagi menutup perbuatan tidak bermoral yang dilakukan bersama pasangannya yang sedang dalam proses penceraian.

"Kedua-duanya gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan sah.

"Malah pemeriksaan nombor kad pengenalan wanita itu secara dalam talian mendapati dia belum bercerai," katanya.

Tambah beliau, kesemua pasangan itu dibawa ke pejabat JAIM dan kes siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

"Jika didapati bersalah mereka boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali," ujarnya.