Maszlee ucap tahniah kepada Sahruddin

Iklan
Dr Maszlee Malik - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada ADUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Johor yang ke-17, hari ini.

Menerusi catatan dalam akaun Facebooknya sebentar tadi, Maszlee juga berharap agar Johor terus makmur dan sejahtera di bawah kepimpinan menteri besar baharu itu.

Iklan
Iklan

Dr Sahruddin, 43, mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Balai Mengadap, Istana Bukit Serena, 9.30 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: MB baharu ikrar utamakan kepentingan negeri

Iklan

Istiadat mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sahruddin yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor adalah pengganti Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan pada 8 April lepas.

Iklan

Sementara itu, ucapan tahniah kepada menteri besar turut disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Beliau berkata, adalah menjadi harapan pihaknya bahawa Dr Sahruddin akan dapat menjalankan tugas yang lebih baik untuk rakyat.

Dalam masa sama, UMNO katanya akan terus menjadi ejen semak dan imbang dalam kerajaan dan tidak akan teragak-agak untuk menegur jika terdapat sebarang kesalahan,” katanya. - Bernama