10 minit mendebarkan buat Heung-min, rakan

Iklan
Heung-min dan rakan selepas perlawanan menentang Portugal di Stadium Education City pada Sabtu.- Foto Agensi

AZIMAT Korea Selatan, Son Heung-min masih lagi kemarau jaringan sepanjang saingan Piala Dunia Qatar 2022 yang memasuki pusingan 16 terbaik kali ini.

Namun di sebalik itu tonggak Taegeuk Warriors itu bersungguh-sungguh menjadi pembakar semangat memastikan wakil Asia tersebut mara ke pusingan 16 terbaik dengan cara yang dramatik.

Iklan
Iklan

Heung-min dan rakan sebelum itu menyingkap saingan Kumpulan H Qatar 2022 dengan mengikat sensasi Amerika Selatan, Uruguay, 0-0 di Stadium Education City pada 24 November lalu.

Namun prestasi cemerlang itu gagal dikekalkan Korea Selatan pada perlawanan kedua apabila dijinakkan 2-3 Ghana di Stadium Education City pada 28 November, biarpun Heung-min dan rakan berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol berdepan The Black Stars.

Iklan

Mengharungi perlawanan ketiga dan terakhir peringkat kumpulan, bintang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terus menjadi penjana gerakan ketika berdepan gergasi dunia Portugal di Stadium Education City pada Sabtu.

Ketinggalan seawal minit kelima hasil jaringan Ricardo Horta, Heung-min dan rakan kembali bangkit memberikan saingan sebelum gol penyamaan pasukan Korea Selatan dinafikan kerana offsaid.

Iklan

Portugal yang telahpun mengesahkan slot pusingan 16 terbaik kembali semula dalam permainan menerusi asakan dikemudikan Cristiano Ronaldo sekali gus menyaksikan Heung-min dan rakan bertahan sebelum sentuhan mesin gol Spurs itu diterjemahkan dalam bentuk gol bintang Wolverhampton, Hwang Hee-chan pada minit ke-91'.

Dan sekali lagi Heung-min menjadi watak penenang kepada para pejuang tonggak Taegeuk Warriors sebaik berakhir perlawanan kerana kemaraan ke pusingan 16 bergantung keputusan perlawanan Uruguay menentang Ghana di Stadium Al Janoub yang berkesudahan tiga mata milik jagoan dari Amerika Selatan tersebut.

La Celeste kendalian Diego Alonso yang turun dengan misi tiga mata berjaya menewaskan Ghana 2-0, namun gagal mencari gol tambahan untuk kembali memintas Korea Selatan di kedudukan kedua Kumpulan H.

Heung-min yang memimpin melalui teladan, menyemarakkan semangat para pemain Korea Selatan untuk tidak berputus asa selepas berjaya menewaskan Portugal untuk mara ke pusingan kalah mati.

Heung-min dan rakan sebelum itu terpaksa menunggu 10 minit untuk mengetahui sama ada pasukan Asia itu berjaya melepasi pusingan 16 terbaik atau sebaliknya.

Dalam tempoh itu Heung-min mengumpulkan rakan sepasukannya tampil mengekalkan kepercayaan mereka bahawa pasukan tersebut memiliki aura meneruskan saingan.

"Ya, kami perlu bertenang dalam situasi ini biarpun berjaya mengatasi Portugal kerana perlu menanti satu lagi keputusan perlawanan lain.

"Sejujur kami menunggu terlalu lama untuk detik ini, malah para pemain Korea Selatan perlu yakin bahawa harapan untuk mara ke pusingan 16 terbaik masih bersinar walaupun terpaksa menanti keputusan perlawanan Uruguay menentang Ghana," katanya