PRU15: Sokongan saat akhir bantu PN tawan DUN Tioman

Iklan
Nor Idayu bersama calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain ketika hadir meninjau proses pengundian awal di IPD Rompin pada Sabtu.

ROMPIN - Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Nor Idayu Hashim mengakui bantuan daripada pimpinan dan jentera parti banyak membantu dalam aktiviti kempen menjelang saat-saat akhir.

Nor Idayu berkata, tempoh kempen yang berbaki beberapa hari lagi akan digunakan sepenuhnya untuk turun ke lokaliti bagi menemui seramai mungkin pengundi terutama kumpulan sasar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini beliau sudah menemui hampir 70 peratus pengundi di DUN Tioman.

"Dengan bantuan pemimpin PN yang datang silih berganti selain jentera yang terus bersemangat membantu, Insya-ALLAH PRU15 DUN Tioman ini akan memihak kepada PN," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di sini pada Sabtu.

Nor Idayu berkata, jadual aktiviti beliau cukup padat setiap hari, namun terus bersemangat apabila melihat maklum balas pengundi yang begitu positif.

Iklan

Berbeza dengan calon Bebas, Sulaiman Bakar yang mengakui semakin gementar menjelang hari pengundian pada 7 Disember ini.

Calon Bebas, Sulaiman Bakar yang mengakui semakin gementar menjelang hari pengundian pada 7 Disember ini.

Menurutnya, sokongan pengundi amat diharapkan.

"Berilah sokongan kepada calon Bebas ini demi perubahan daerah ini," katanya.