Enam menteri bakal lonjak pelaburan di Perak: Saarani

Iklan
Saarani - Foto Bernama

KUALA KANGSAR - Pelantikan enam menteri dari negeri ini ke dalam kabinet Kerajaan Perpaduan akan meningkatkan kehadiran dan keyakinan pelabur ke negara ini tidak terkecuali Perak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata, pelantikan itu juga secara tidak langsung akan memulihkan ekonomi negeri itu dengan kehadiran pelaburan baharu kelak.

Iklan
Iklan

"Diharapkan juga pengumuman pelantikan kabinet semalam dapat meyakinkan pelabur untuk melihat Perak sebagai potensi baharu untuk pelaburan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini pada Sabtu yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan pelantikan 28 anggota Jemaah Menteri bagi Kerajaan Perpaduan termasuk dua timbalan perdana menteri.

Iklan

Enam anggota Jemaah Menteri dari Perak ialah Perdana Menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari Parlimen Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut dilantik ialah V Sivakumar sebagai Menteri Sumber Manusia dari Parlimen Batu Gajah, Menteri Sains dan Teknologi, Chan Lih Kang dari Parlimen Tanjung Malim, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dari Parlimen Teluk Intan. - Bernama

Iklan