Haluan baharu Penang FC musim 2023

Iklan
Foto: FB Penang Football Club

KELAB Liga Malaysia (Liga-M), Penang FC mengambil pendekatan proaktif menyusun semula pasukan bagi memantapkan cabaran Harimau Kumbang dalam mengharungi saingan musim 2023.

Pengurusan kelab dalam status terkini yang dimuat naik di laman FB Penang FC berterima kasih kepada para pemain yang telah berbakti kepada kelab tersebut.

Iklan
Iklan

"Ahli Lembaga Pengarah Penang FC telah memutuskan untuk membawa haluan baharu Harimau Kumbang bagi musim 2023.

"Penang FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hafizul Hakim, Rafiuddin Roddin, Thivendaran, Gopi Rizqi, Tam Sheang Tsung, Azim Rahim, Jafri Firdaus Chew, Faizal Talib, Shukri Hamid, Azzizan Nordin, Ariff Ar-Rasyid, Syazwan Zaipol dan Daniel Ashraf yang bersama pasukan Penang sepanjang musim 2022.

Iklan

"Terima kasih juga kepada pemain import Penang FC Endrick Dos Santos Parafita, Lucas Espindola Da Silva, Christian Mangaron Rontini, Anselmo Arruda Da Silva (Casagrade) bagi musim 2022, segala pengorbanan dan usaha pasti akan dikenang,” kata kelab itu dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di lama Facebook Penang FC pada Sabtu.

Skuad Haria Penang Haria mengakhiri saingan Liga Super di kedudukan tercorot dalam kalangan 12 kelab bertanding.

Iklan

Pasukan tersebut mengumpul 11 mata - dua menang, lima seri dan 15 tewas selepas mengharungi 22 perlawanan Liga Super.

Bagi saingan Piala FA, cabaran Penang terhenti di separuh akhir apabila dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT), 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ogos lalu.

Saingan Piala Malaysia pula, Penang sekadar di pusingan 16 terbaik sebelum dijinakkan kelab Liga Premier, Kuching City dengan keputusan agregat 4-3.