KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan yang dibentuk dengan sokongan beberapa parti politik pastinya mengambil kira pandangan serta cadangan parti-parti terlibat dalam pembentukan barisan kabinet.
Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi Dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kerajaan ketika ini bukan dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) semata-mata, sebaliknya Kerajaan Perpaduan yang terbentuk atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Berjayanya kerajaan ini (ditubuhkan) kerana sokongan UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kita lihat anggota kabinet itu jelas yang masuk adalah orang-orang yang dipilih oleh parti-parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan itu sendiri,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya, barisan kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumum Anwar semalam boleh disifatkan sebagai kompak dan mempunyai tanggungjawab besar yang perlu digalas terutamanya dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat.
"Buat masa ini Anwar perlu fokus kepada usaha bagaimana untuk meyakinkan rakyat bahawa kabinet ini boleh bekerja dan boleh melaksanakan misi untuk memperbaiki negara dan juga keadaan ekonomi khususnya dalam menarik pelabur dan sebagainya,” katanya.
Senada dengannya, penganalisis politik dan pensyarah kanan dari Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), Prof Datuk Dr Ismail Sualman berkata, cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan oleh Al-Sultan Abdullah adalah untuk mewujudkan kestabilan politik dan memastikan pembangunan negara tidak terencat.
"Dari segi kelayakan juga saya rasa mereka semua memang layak untuk memegang portfolio masing-masing berdasarkan kelayakan dan kepakaran mereka.
"Perdana Menteri juga telah mengambil satu pendekatan berani dengan mengetengahkan beberapa muka baharu untuk memegang jawatan yang agak kritikal seperti jawatan Menteri Pendidikan dan Menteri Agama,” katanya.
Anwar semalam telah mengumumkan 28 orang barisan Menteri Kabinetnya yang terdiri daripada PH, Barisan Nasional, GPS dan Gagasan Rakyat Sabah.
Senarai barisan Kabinet yang diumumkan semalam mencatatkan sejarah baharu buat Malaysia apabila buat pertama kalinya dua Timbalan Perdana Menteri dilantik termasuk seorang dari Sarawak.- Bernama