Brazil hilang khidmat Jesus, Telles

Iklan
Jesus diasak pemain Cameroon. Gambar kecil: Telles - Foto EPA

BRAZIL terpaksa melupakan khidmat Gabriel Jesus dan Alex Telles yang terpaksa disisihkan menjelang aksi berdepan Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Ras Abu Aboud pada Selasa.

Bintang Arsenal dan Manchester United itu dikeluarkan dari skuad Samba selepas mengalami kecederaan ketika Selecao tumpas 0-1 kepada Cameroon dalam aksi Kumpulan G di Stadium Lusail pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Jesus mengalami kecederaan lutut, manakala Telles juga berdepan masalah sama menyaksikan kedua-dua terlepas baki saingan Qatar 2022, kata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).

Pada perlawanan itu, Telles yang juga pemain pertahanan dikeluarkan pada minit ke-54, disusuli Jesus yang meninggalkan posisi penyerang 10 minit kemudian.

Iklan

Untuk rekod keputusan perlawanan itu tidak menjejaskan peluang Brazil yang sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Malah dalam perlawanan itu, Tite telah melakukan penggiliran pemain dengan menampilkan kedua-dua pemain itu dalam kesebelasan utama Samba.

Iklan

Keputusan itu ternyata memberi impak kepada juara dunia lima kali itu apabila mengalami kekalahan pertama fasa kumpulan Piala Dunia selepas 24 tahun selain turut kehilangan Jesus dan Telles.