Polis kenal pasti lima penyokong parti periksa MPV

Iklan

SEREMBAN - Polis mengenal pasti lima lelaki berusia 30 hingga 50 tahun, bagi membantu siasatan berhubung tindakan beberapa penyokong sebuah parti yang memeriksa kereta peronda polis (MPV), pada hari mengundi PRK DUN Rantau, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, anggota yang terbabit sudah membuat laporan polis hari ini, dan polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, semalam, dua anggota MPV mengikuti sebuah kenderaan lain membawa kertas undi ke pusat penjumlahan di sekolah terbabit.

"MPV itu tidak memasuki kawasan sekolah, sebaliknya berhenti di luar pagar bagi mengawal keadaan lalu lintas dan keselamatan.

Iklan

"Kemudian datang lima lelaki mendakwa anggota kami membawa lebihan kertas undi. Apa hak mereka untuk memeriksa MPV polis kerana mereka orang awam," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, dua anggotanya sepatutnya tidak membenarkan pemeriksaan namun, melakukannya bagi mengelak berlaku kekecohan.

Iklan

"Apabila bonet kereta dibuka, hanya peti ubat dan peralatan keselamatan sahaja yang ada. Kami harap tindakan itu memuaskan hati mereka.

"Saya tegaskan polis hanya mengiringi kenderaan lain, bukan membawa lebihan kertas undi. Polis juga tidak dapat melakukan tangkapan kerana jumlah penyokong mereka begitu ramai," katanya. - Bernama