Risikan Ukraine dakwa Putin ada klon?

Iklan
Khabar angin tentang 'klon Putin' (kanan) mula tersebar pada Julai lalu selepas beliau tiba di Teheran untuk menghadiri persidangan, namun kelihatan agak janggal selain lebih bertenaga daripada biasa. - Foto: Agensi

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan jatuh tergelincir di kediaman rasminya di Moscow di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat tentang keadaan kesihatan pemimpin berusia 70 tahun itu yang didakwa semakin merosot.

The Telegraph Channel melaporkan Putin turut 'terbuang air besar' secara tidak sengaja kerana impak pada tulang tongkeng beliau disebabkan penyakit barah yang menjejaskan perut dan ususnya.

Iklan
Iklan

Saluran anti-Kremlin itu juga mendakwa tiga pengawal peribadi dan pasukan perubatan telah dikejarkan untuk merawatnya.

Kejadian itu berlaku lebih sebulan selepas ketua risikan Ukraine mendakwa 'tsar moden' tersebut sedang sakit dan menampilkan sekurang-kurangnya 'tiga klon' untuk mewakilinya di hadapan khalayak umum.

Iklan

Mejar Jeneral, Kyrylo Budanov mendedahkan perkhidmatan rahsia Kiev berjaya mengesan 'klon Putin' dalam beberapa acara.

"Kami tahu kewujudan tiga klon beliau. Berapa jumlah sebenar mereka masih tidak diketahui. Kesemua mereka melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan sama seperti Putin. Apa yang membezakan mereka ialah ketinggian antara satu sama lain.

Iklan

"Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman video dan gambar selain bahasa tubuh serta bentuk cuping telinga yang berbeza," katanya menerusi laporan dipaparkan akhbar Britain.

Difahamkan, khabar angin tentang 'klon Putin' mula tersebar pada Julai lalu selepas pemimpin tersebut tiba di Teheran untuk menghadiri persidangan, namun beliau kelihatan agak janggal selain lebih bertenaga daripada biasa. - Agensi