Harapan iGuru pada Menteri Pendidikan

Iklan
Fadhlina ditemu bual sempena Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia oleh Yang Berhormat Anggota Jemaah Menteri Jawatan di Istana Negara pada Sabtu. - Foto Bernama

SEREMBAN - Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) berharap Menteri Pendidikan yang baharu dilantik, Fadhlina Sidek, dapat menentukan hala tuju pendidikan negara dengan lebih berfokus, terancang dan memenuhi keperluan semasa.

Presiden iGuru, Mohd Azizee Hasan berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah memperkasakan profesionalisme guru dengan memastikan kebajikan dan kesihatan mental mereka dijaga.

Iklan
Iklan

"Ia bagi mengelak isu guru bersara awal serta isu kesihatan mental.

"Selain itu, meningkatkan prasarana dan kemudahan fizikal dan digital antara sekolah bandar dan luar bandar," katanya dalam kenyataan kepada media pada Ahad.

Iklan

Jelasnya, menteri perlu menangani isu sekolah daif di kawasan pedalaman dan sekolah kurang murid bagi mengurangkan kos perbelanjaan serta isu sekolah kepadatan murid di bandar.

Selain itu katanya, sekolah kebangsaan perlu dijadikan sebagai sekolah pilihan semua rakyat Malaysia dan perpaduan kaum.

Iklan

"Program pemulihan pendidikan bagi menangani isu keciciran murid harus diwujudkan secepat mungkin.

"Kurikulum yang anjal dan fleksibel di tahap satu serta pemantapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lebih interaktif dan efektif," katanya.

Azizee berkata, kementerian perlu memberi pendidikan kepada golongan OKU yang terjejas akibat pendemik, termasuk pendidikan golongan rentan yang perlu ditangani dan Fadhlina sebagai menteri juga perlu mendengar keluhan guru dengan sesi libat urus dan turun padang.