Seorang warga emas menolak basikalnya melintasi bendera-bendera parti politik yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman ketika tinjuan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.
PRU15 DUN Tioman akan berlangsung pada 7 Disember ini, selepas ditangguhkan ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.
Iklan
Iklan
Pilihan raya itu menyaksikan saingan lima penjuru antara calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH), Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).
Bagaimanapun, Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum ini memaklumkan Mohd Fadzli memberi laluan kepada Mohd Johari, mengambil kira kerjasama antara BN dan PH membentuk kerajaan negeri Pahang selepas PRU15.