Barisan kabinet mampu jamin kestabilan politik

Iklan
Barisan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu menandatangani Surat Cara Pelantikan selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong. -Foto Bernama, gambar kecil: Amirudin

HULU SELANGOR - Kerajaan Perpaduan berdepan cabaran menterjemah kepercayaan rakyat serta rintangan ekonomi pada tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya percaya barisan kabinet yang dipilih adalah antara yang terbaik serta mampu menjamin kestabilan pentadbiran dan menggalas tanggungjawab diberikan.

Iklan
Iklan

"Walaupun ada pelbagai pandangan tertentu tentang pelantikan individu tertentu namun saya percaya ini adalah rumusan terbaik setelah berbincang maka terhasil (barisan kabinet) dari semangat perpaduan," katanya mengulas barisan kabinet yang selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.

Amirudin ditemui pada Jelajah Selangor Penyayang Daerah Hulu Selangor pada Ahad.

Iklan

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, beliau berharap parti-parti lain yang menolak untuk turut-serta dalam Kerajaan Perpaduan dapat memainkan peranan semak imbang yang sebenar.

Katanya, kerjasama daripada semua parti politik ditagih bagi mendepani cabaran pentadbiran kerajaan bagi tempoh dua hingga tempoh tiga tahun mendatang.

Iklan

"Mereka telah memilih haluan itu (tidak bersama kerajaan), walaupun telah ditawarkan bersama dalam kerajaan namun saya kira semangat mereka lebih kepada menjadi semak imbang.

"Jadi mainkan peranan tersebut dan jangan cuba curi wakil rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini. Kalau hendak jadi semak imbang buat seperti PH lakukan selepas Langkah Sheraton hingga Parlimen dibubarkan," katanya.

Pada Sabtu dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan.

Angkat sumpah dimulakan dengan dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.