Sapawi berkelana ke Thailand

Iklan
Berita penghijrahan Sapawi ke Ratchaburi FC. Foto FB Main Stand - International

PEMAIN sensasi, Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC selepas berakhir saingan Piala AFF pada Januari depan.

Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, segala perbincangan sudah dimuktamadkan apabila pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Harimau Malaya itu bersetuju menyertai kelab tersebut.

"Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan," kata Tanawat.

Iklan

Safawi akan mengisi kuota pemain Asean di kelab itu yang dijadual memasuki jendela perpindahan kedua pada awal tahun iaitu Januari nanti.

Sapawi (tengah) memiliki pengalaman beraksi di pentas ACL bersama JDT. Foto FB Johor Southern Tigers

"Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami," katanya.

Iklan

Keterujaan kelab itu untuk melamar Safawi didorong oleh aksi mantap pemain yang berasal dari Terengganu itu ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan JDT.

Liga Thailand bukan asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu.

Ia termasuk Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018 dan Junior Eldstal dengan Chonburi FC 2021.