Reezal Merican ucap tahniah kepada Kor Ming

Iklan
REEZAL MERICAN, NGA KOR MING
KEPALA BATAS - Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.

Reezal Merican yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau diberi mandat menerajui KPKT sejak September 2021.

Beliau turut mendoakan pasukan KPKT agar terus cemerlang sebagai sebuah kementerian yang dekat dengan rakyat untuk memacu Malaysia ke hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini melantik Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, menganggotai jemaah menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan. - Bernama