Anwar luang masa bersama ahli keluarga

Iklan
Tangkap layar Facebook Anwar pada Ahad.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang meluangkan masa bersama ahli keluarga sempena cuti hujung minggu.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Ahad, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat bergambar bersama enam cucunya di buaian.

Iklan
Iklan

"Santai di hari minggu meluangkan masa dengan cucu," katanya.

Sementara itu di bahagian komen, pengguna laman sosial itu, Shaiful Akmal turut mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri.

Iklan

"Setelah penat berkempen, mesyuarat, mengadap Seri Paduka Baginda Agong, mengangkat sumpah sebagai PM, terus bekerja keras. Hari cuti pun kerja. Ini semua pengorbanan untuk mentadbir dan memajukan negara Malaysia tercinta.

"So (jadi) DSAI (Datuk Seri Anwaar Ibrahim) ambil lah sedikit masa untuk bersama cucu-cucu kesayangan. Mereka rindukan atok (datuk) kesayangan. Moga ALLAH pelihara DSAI, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Tahniah dan terima kasih DSAI," tulisnya berserta tanda pagar #DemiPertiwi.

Iklan