Wanita menyamar pegawai JKM

Iklan
Tertuduh, Ellysuhana Mustapha, 37, (kanan) keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak salah menyamar sebagai pegawai JKM dan menipu seorang wanita.

KOTA BHARU - Seorang peniaga atas talian tidak mengaku salah di mahkamah majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperdaya seorang wanita hingga menyerahkan dua gelang emas.

Pertuduhan terhadap, Ellysuhana Mustapha, 37, dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Izzudin Mohd Shukri.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Saiyidah Maidin, 56, dengan jalan samaran untuk mempercayainya pegawai JKM untuk memberi bantuan perumahan sebelum mangsa menyerahkan dua gelang emas.

Kesalahan dilakukan di Kampung Serendah, Ketereh, di sini pada jam 1.30 tengah hari, 13 Mac 2019.

Iklan
Iklan

Kes ditetapkan pada 24 April depan bagi serahan dokumen.