Fadhli sindir Isham isu gesaan penubuhan segera RCI

Iklan
AHMAD FADHLI

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menyindir Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pasir Mas dalam nada sinis berkata, penubuhan RCI itu tidak boleh dilengahkan dan ia adalah idea terbaik dikemukakan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) setakat ini.

Iklan
Iklan

"Saya sangat-sangat setuju, tubuhkan segera (RCI), jangan berlengah lagi, ketepikan dulu agenda ekonomi rakyat. Kita siasat dulu sehingga akar umbi. Inilah idea paling bagus kerajaan PH-BN setakat ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu Ahmad Fadhli menyifatkan 'kerajaan' PH-BN tidak mahu bercakap soal rasuah kerana akan 'terkena' rakan sendiri.

Iklan

"Nak bercakap soal rasuah, nanti terkena geng sendiri. Soal pembelaan agama dan bangsa, nanti ada yang tak puas hati.

"Jangan lupa panggil (siasatan RCI) Tengku Datuk Seri Zafrul (Tengku Abdul Aziz) yang juga Menteri Kewangan pada masa itu," katanya.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan Isham menggesa penubuhan segera RCI bagi membuktikan penyaluran wang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat sepanjang Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Kontroversi penggunaan dana kecemasan lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka dan bekas Ketua Menteri, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Muhyiddin bagaimanapun dilapor menegaskan, semua wang itu dibelanjakan untuk membantu rakyat dan tidak bimbang atau takut jika ada pihak mahu menyiasat kerana semua perbelanjaan dibuat mengikut dasar perolehan ditetapkan.