NEW YORK - Kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengiklankan 'jawatan kosong' pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam turut menetapkan kriteria yang akan mengetuai operasi memerangi haiwan perosak tersebut yang akan memegang jawatan sebagai 'Pengarah Mitigasi Tikus' atau 'czar tikus' dengan gaji tahunan mencecah antara AS$120,000 (RM526,500) dan AS$170,000 (RM746,000).
Iklan
Iklan
"Calon yang ideal adalah mereka yang bermotivasi tinggi dan 'dahagakan darah' serta berusaha mencari jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk meningkatkan kecekapan operasi, pengumpulan data, inovasi teknologi dan pengurusan sampah," menurut iklan tersebut.
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi selepas haiwan perosak itu semakin 'bermaharajalela' dan membanjiri taman serta laluan utama di bandar raya berkenaan.
Sehingga Oktober lalu, jabatan sanitasi kota metropolitan itu telah melaporkan lebih 21,600 aduan tentang tikus yang merupakan peningkatan drastik berbanding sebelum pandemik Covid-19 bermula.
Masalah haiwan perosak itu menyebabkan New York berada di tangga kedua mempunyai populasi tikus paling tinggi di belakang Chicago yang berada di kedudukan teratas untuk tempoh lapan tahun berturut-turut. - Agensi
Artikel Berkaitan