Teruja sampai tak sedar bawa barang larangan

Iklan
Seorang kakitangan kejurulatihan Perancis membantu menanggalkan barang kemas dipakai Kounde semasa perlawanan menentang Poland dalam pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Al Thumama. - Foto Agensi

GARA-GARA teruja dapat kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama Perancis menentang Poland pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022, seorang pemain penyandang juara itu tidak menyedari dia membawa barangan larangan semasa perlawanan berkenaan.

Namun perbuatan pemain pertahanan Perancis, Jules Kounde itu hanya disedari pegawai pertandingan tersebut pada penghujung babak pertama dalam perlawanan di Stadium Al Thumama berkenaan.

Iklan
Iklan

Sebagai rekod, pemain tidak dibenarkan memakai barang kemas semasa bermain seperti yang digariskan dalam undang-undang permainan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).

Menariknya, perbuatan pemain berusia 24 tahun yang memulakan karier senior bersama kelab liga Perancis, Bordeaux B pada musim 2016/17, juga tidak disedari pegawai pertandingan.

Iklan

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga perbuatan pemain pertahanan kelab La Liga Sepanyol itu disedari pengadil Jesus Valenzuela pada minit ke-43.

Beliau mengeluarkan barang kemasnya dengan dibantu seorang kakitangan kejurulatihan Perancis sebelum dia melakukan lontaran ke dalam pada perlawanan itu.

Iklan

Timbul persoalan bahawa rantai emas Kounde tidak dikesan lebih awal pada separuh masa, terutamanya kerana ia jelas kelihatan di televisyen.