PEMAIN sensasi, Robert Lewandowski masih dilema mengenai masa depannya di pentas antarabangsa selepas Poland tersingkir daripada pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Isnin.
Poland tewas 1-3 kepada Perancis di Stadium Al Thumama sekali gus membawa juara bertahan itu ke suku akhir menentang England.
Menutup tirai di negara Teluk tersebut, penyerang Barcelona itu menjaringkan gol saguhati pada lewat permainan menerusi sepakan penalti.
Menghitung detik Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, Lewandowski bakal berusia 38 tahun.
Dia bagaimanapun menjelaskan isu mengenai keadaan fizikalnya berkemungkinan boleh menyaksikan dia menamatkan kerjaya antarabangsa.
"Secara fizikal saya tidak takut dengan perkara ini tetapi kami mempunyai banyak perkara berbeza di luar bola sepak, sama ada anda masih gembira dan apa yang berlaku di sekeliling sukar untuk diungkapkan.
Lewandowski menikmati kerjaya prolifik bersama kelab dan negara, tetapi tidak pernah meledak di Piala Dunia sehingga dia menyumbat gol ketika menewaskan Arab Saudi di peringkat kumpulan.
Malah, dia terlepas sepakan penalti ketika Poland terikat tanpa jaringan dengan Mexico ada aksi pembukaan.
Biarpun tersingkir, dia menegaskan bahawa ia adalah penampilan Poland yang berjaya selepas lolos dari peringkat kumpulan di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.