Anwar pengerusi mesyuarat khas kabinet Kerajaan Perpaduan

Iklan
Anwar

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini pada Isnin.

Pada 2 Disember, Anwar mengumumkan barisan kabinet yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Iklan
Iklan

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 November lepas.

Iklan
Iklan

Kebanyakan menteri kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan. - Bernama