Letusan Semeru cetuskan awan hitam menakutkan

Iklan
Awan panas menyelubungi jambatan Glada Perak yang menghubungkan perkampungan di sekitar Lumajang. - Foto AFP

LUMAJANG - Ribuan penduduk kampung berpindah dalam keadaan tergesa-gesa pada Ahad ketika siren dibunyikan selepas lahar dimuntahkan gunung berapi Semeru mula mengalir ke perkampungan mereka dengan awan hitam menyelebungi seluruh kawasan kabupaten Lumajang, wilayah Jawa Timur di Indonesia.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk, Gunawan turut merakamkan detik cemas tersebut apabila langit bertukar menjadi gelap secara tiba-tiba seperti waktu tengah malam.

Gunung berapi Semeru meletus untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. - Foto AFP

Sukarelawan tempatan juga cuba memberi amaran kepada penduduk sekitar dengan pukulan gendang buluh setelah sambungan internet terputus dan isyarat telefon tidak lagi berfungsi.

Iklan

Situasi menjadi agak huru-hara selepas perkampungan sekitar dihujani debu vulkanik ketika usaha pemindahan sedang dilakukan.

Kumpulan penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dewan komuniti di perkampungan Candipuro. - Foto AFP

Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) memaklumkan Semeru masih dalam fasa letusan walaupun saiz awan debu semakin berkurangan.

Iklan
Beberapa penduduk perkampungan Kajar Kuning kembali ke rumah masing-masing untuk menyelamatkan harta benda milik mereka. - Foto AFP

"Secara keseluruhan, aktiviti vulkanik masih tinggi," ujarnya.

Haiwan ternakan turut dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. - Foto AFP

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) dalam satu kenyataan mengesahkan hampir 2,000 penduduk sudah dipindahkan ke 11 pusat penempatan sementara setelah kira-kira 11 perkampungan dilaporkan terjejas akibat letusan terbaharu Semeru yang berlaku untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Keadaan rumah penduduk yang diselubungi debu vulkanik. - Foto AFP

Pegawai pentadbiran tempatan, Amperawati Masdar berkata, penduduk hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila awan panas telah 'hilang'.

"Majoriti penduduk di dua perkampungan paling berisiko sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga," jelasnya lagi.

Penduduk kampung memerhatikan asap panas yang keluar dari permukaan tanah selepas letusan Semeru. - Foto AFP

Selain itu, penduduk juga dilarang menghampiri kawasan tenggara 13 kilometer di sepanjang sungai yang mengalirkan lahar tersebut.

Sebuah rumah yang ditenggelami lumpur selepas peningkatan aktiviti vulkanik Semeru. - Foto AFP

Pihak berkuasa menaikkan status amaran pada tahap tertinggi selepas Semeru yang berketinggian 3,676 meter membebaskan debu tebal dan memuntahkan lahar yang berlaku genap setahun selepas letusan pada tahun lalu yang meragut puluhan nyawa. - AFP