Perbarisan Pembubaran MALBATT 850-9

Iklan
Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad (tengah, hadapan) bergambar bersama pegawai dan anggota MALBATT 850-9 pada Majlis Pembubaran, Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Malaysian Battlalion 850-9 di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat Kem Segenting, hari ini.

Seramai 82 pegawai dan 801 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai awam kewangan daripada Kementerian Pertahanan serta tiga pegawai dan 27 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menerima Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) yang diketuai oleh Kolenel Megat Maz Ardi Nohuddin.