KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Isnin untuk direkod keterangan berkenaan laporan yang dibuat terhadapnya baru-baru ini.
Beliau yang menaiki Toyota Vellfire itu tiba pada jam 2.55 petang dengan diiringi dua kenderaan.
Iklan
Iklan
Ketibaan Abdul Hadi itu disambut beberapa pegawai dan anggota IPD Sentul.
Beliau bagaimanapun sempat melambai kepada petugas media yang hadir membuat liputan di pekarangan IPD Sentul.
Difahamkan, Abdul Hadi disiasat rentetan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung ucapan berbaur hasutan semasa kempen Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) lalu.