Bincang segera isu UEC: Rais

Iklan
Rais

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara disaran segera mengadakan mesyuarat bagi meneliti isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dibangkitkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Senator Aknan Ehtook itu perlu meneliti secara mendalam dan membuat perbandingan percanggahan antara cadangan yang dikemukakan persatuan itu dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang dahulu dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961.

Iklan
Iklan

"Selain itu, kemungkinan ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat yang ingin agar isu ini segera dituntaskan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sabtu lepas, Dong Zong dilaporkan mahu bertemu Menteri Pendidikan baharu bagi memberi cadangan supaya mengiktiraf UEC namun tindakan tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa pihak.

Iklan

Berikutan itu, Dong Zong dalam kenyataan selepas itu memaklumkan pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik. - Bernama

Iklan