Tengku Zafrul ada urusan rasmi, bukan tonton Piala Dunia

Iklan
Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak hadir Mesyuarat Khas kabinet hari ini kerana berada di Abu Dhabi atas urusan rasmi.

Pihak kementerian dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi pada Selasa mengenai perkara tersebut susulan terdapat dakwaan mengatakan bekas menteri kewangan itu berada di luar negara bagi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Iklan
Iklan

Tengku Zafrul adalah satu-satunya menteri yang tidak hadir pada mesyuarat khas yang kali pertama diadakan dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim selepas pembentukan kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan.